Informasi

5 kesilapan mengatur waktu tidur bayi yang biasa dilakukan ibu bapa

waktu tidur bayi

Mempunyai cahaya mata merupakan detik indah buat semua ibu bapa. Tetapi dengan kebahagiaan itu, datang sekali pengorbanan yang buat ibu bapa penat. Ia tentang waktu tidur bayi.

Selagi anda tidak mengatur waktu tidur bayi yang betul, anda tidak akan cukup tidur. Kesannya, anda sendiri yang akan stres nanti!

Sebenarnya, terdapat 5 kesilapan yang sering dilakukan ibu bapa dalam mengatur waktu tidur bayi. Tapi, normal untuk anda melakukan kesilapan kerana tanggungjawab ibu bapa bukan datang sekali dengan manual, kan?

Semua ibu bapa juga belajar dari kesilapan.

Jadi jom lihat apa 5 kesilapan dalam menidurkan bayi yang boleh anda perbaiki itu:

1. Tidak konsisten cara tidurkan bayi

waktu tidur bayi

Menurut seorang pakar tidur dan keibubapaan dari Singapura, Zoe Chu, jika anda kerap menukar cara menidurkan bayi, mereka akan keliru.

Ya, mereka keliru dengan cara bagaimana mereka patut tidur. Hal ini akan membuatkan mereka sukar untuk tidur!

Jadi anda perlu mencari cara menidurkan bayi yang paling sesuai untuk bayi anda dan kekal menggunakan kaedah itu.

Bukannya hari ini anda memilih untuk mendodoinya, esok pula anda membiarkannya tidur sendiri di atas katil.

Begitu juga dengan bilik, jangan kerap bertukar bilik tidur, ini akan membuatkan mereka keliru!

2. Puting memang berguna, tapi jangan terlalu bergantung pada puting

waktu bayi tidur

Puting memang comel dan bagi sesetengah ibu bapa, ia adalah penyelamat dalam menidurkan bayi. Tapi membiarkan mereka tidur dengan puting masih di mulut adalah bahaya.

Masalah akan mula timbul apabila anda ingin menarik puting dari mulut mereka.

Ada bayi yang akan terus menangis, ada yang akan menangis jika tersedar, ada juga yang akan menangis sepanjang malam!

Jadi, sekiranya anda belum pernah memperkenalkan puting buat bayi anda, baik jangan mulakan.

3. Segera pergi pada bayi bila dia menangis

waktu tidur bayi

Memang biasa kan kita buat, jika bayi menangis kita akan segera mendapatkan mereka kerana tidak sampai hati mendengar tangisan mereka. Tapi ini adalah salah satu punca mengapa ibu bapa tidak cukup tidur!

Normal utuk bayi menangis dalam kitaran tidur mereka dan cara terbaik ialah membiarkan mereka tidur semula dengan sendiri (sekiranya menangis tidak terlalu teruk dan bukan kerana lapar).

Ini kerana jika tidak, bayi anda akan terbiasa memerlukan seseorang untuk memujuknya setiap kali mereka menangis.

Yang terbaik ialah tunggu sebentar untuk memastikan tangisan bayi itu bukan serius. Jika tidak, mereka akan tertidur sendiri semula. Anda juga boleh sambung mendapatkan rehat anda.

4. Mengubah waktu tidur anak

waktu tidur bayi

Ada sesetengah ibu bapa suka memaksa bayi mereka tidur lebih awal. Iyalah, selepas mereka tidur, barulah kita dapat menarik nafas lega membuat kerja-kerja yang tertangguh, bukan?

Tapi sebenarnya, anak anda perlu bersedia untuk tidur sebelum tidur.

Begitu juga dengan menangguhkan waktu tidur mereka. Ramai ibu bapa terlalu sibuk dengan kerja hingga membiarkan bayi tidur lambat. Ini kerana mereka ingin bersama bayi.

Tetapi ini adalah idea buruk, kerana bayi akan menjadi terlalu penat, tidak selesa dan mengalami kesukaran untuk tidur!

Jika bayi mendapat terlebih rangsangan, mereka akan menjadi hiperaktif dan sukar untuk tidur. Mereka memerlukan lebih dari 8 jam waktu tidur.

5. Mengharapkan masalah waktu tidur bayi selesai dengan sendiri

waktu tidur bayi

Sebenarnya anda tidak patut menyangka masalah mengatur waktu tidur bayi ini akan selesai dengan sendiri. Anda perlu mengubah cara anda untuk memastikan masalah tidur anak selesai.

Sediakan ruang tidur yang selesa untuk mereka, tenangkan mereka sebelum tidur. Dengan cara dan teknik yang betul, anda akan dapat tidurkan mereka dan ikuti rutin tersebut untuk bayi.

Begitu juga jika anda mengharapkan bayi tidur sepanjang malam. Ia tidak akan terjadi jika anda tidak mengajar mereka.

Dan normal untuk bayi berusia 3 bulan ke bawah untuk tidak tidur sepanjang malam kerana perut mereka masih kecil dan kerap lapar.

Satu lagi, konsep biarkan mereka bermain hingga penat di siang hari akan membuatkan mereka tidur sepanjang malam tidak berkesan untuk bayi sekecil ini.

Secara amnya, pakar mengatakan bayi yang berusia lebih dari 3 bulan dan mempunyai berat lebih 6kg, boleh tidur selama 6 hingga 8 jam di waktu malam. Tapi, bukan semua bayi adalah sama.

Perlu diignat, tiada cara tetap untuk menidurkan bayi anda tetapi anda boleh perbaiki apa yang kurang. Menidurkan bayi bukanlah semudah ABC, anda perlu mencuba dan ia normal untuk tidak berjaya beberapa kali.

Yang penting, anda tidak putus asa!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *