tips

5 Rahsia Ibu Bertuah Ini Amalkan Untuk Dapatkan Baby Yang Comel Dan Pipi Gebu Macam Pau..

Setiap ibu mengandung pasti mempunyai amalan tertentu demi kesejahteraan dan kesihatan bayi yang dikandung.Menjadi impian dan harapan seorang ibu agar anak yang dilahirkan nanti sihat, comel dan gebu.

Ibu kepada bayi comel yang dinamakan Sharifah Aisya Sofea Shahabudin ini telah berkongsi amalan-amalan yang beliau lakukan sewaktu mengandung hingga melahirkan bayi yang montok dan gebu ini.

Antara amalan sewaktu mengandung:

1.Amalkan memakan sebiji buah delima dan 7 biji buah kurma setiap hari semenjak usia kandungan 6 minggu.

2.Minum jus Pati Delima Gulsan 1 sudu waktu pagi setiap hari.

3.Minum 1 gelas susu kambing segar yang dikisar bersama bersama 7 biji kurma.

4.Minum air kelapa muda daripada usia kandungan tujuh bulan sehingga kelahiran.

5.Amalkan membaca Surah Yusuf dan Surah Maryam selalu.

 

Sumber: FB Info Ibu Hamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *