tips

8 Kegunaan Baking Soda Untuk Kecantikan. No 8 Tu Macam Tak Sangka Pulak Boleh

Wanita sekarang ni admin yakin semua high maintenance. Mana taknya, dengan produk penjagaan muka, kosmetik, penjagaan rambut. Itu belum masuk lagi pakaian, insurance diri dan komitmen yang lain. No worry ladies! Korang tak perlu berbelanja besar lagi untuk jaga kecantikan. Admin nak kongsi 8 rahsia yang baking soda boleh buat. Yeap! Baking soda.

Tak mahal pon, kalau kat pasaran boleh dapat dengan harga dua ringgit ja. Dan korang boleh guna untuk banyak benda.Teruskan baca untuk semua cara serbuk praktikal ini dapat membantu korang kelihatan cantik dari rambut sampai ke kaki.

1. Lebatkan rambut.

Kata orang rambut ni mahkota wanita. Tak kisahlah berhijab atau tak, confirm kita nak rambut yang sihat dan lebat. Baking soda boleh bantu korang untuk dapatkan rambut yang lebat macam baby nie.

Mudah saja, korang campurkan serbuk penaik ni ke dalam shampoo harian yang korang guna. Baking soda akan bantu membuang kotoran pada rambut, menjadikan rambut lebih ringan. Paling penting rambut makin lebat. Baru feeling nak flip hair. Gittew!

2. Jerawat? Jangan risau, baking soda ada.

Stresskan kalau kita ada masalah jerawat tapi semua produk penjagaan muka tak dapat membantu. Mungkin tak serasi. Maklumlah, bukan semua produk sesuai dengan kita. Apa kata korang beralih kepada cara yang lebih mudah dengan menggunakan baking soda.

Tak perlu guna produk yang mungkin ada bahan kimia. Korang cuma campurkan baking soda dengan madu Dan sapukan pada jerawat nak degil tu. Biarkan selama 15 minit lepas tu bilas. Ini akan membantu mendapatkan kulit yang flawless gittew.

3. Pemutih gigi semulajadi.

Gigi cantik senyuman pun berseri. Ada kawan admin cakap dia nak cari pasangan yang gigi tersusun cantik. Tapi apa guna tersusun cantik kalau giginya kuning dan nafas berbau kan? Mahal ehh pemutih gigi dengan mouthwash?

Jangan pening kepala. Korang campurkan ja baking soda dengan jus lemon , dah jadi pencuci dan pemutih gigi semulajadi. Paste tu korang gosok pada gigi dengan menggunakan berus gigi. Jus lemon pulak korang boleh kumur sebagai ganti pencuci mulut antiseptic. Senang kan?

4. Mencuci sikat yang kotor.

Sikat korang mesti penuh dengan kotoran, minyak dan pembentukan sisa produk rambut. Basuh dengan air saja tak cukup. Korang boleh basuh dengan baking soda. Masukkan 3 sudu besar baking soda ke dalam semangkuk air suam. Kemudian rendamkan sikat dalam campuran itu selama 10 ke 15 minit.

Segala kotoran pada sikat tu akan keluar. Gosok-gosoklah jugak ye sikat tu. Jang biar terendam jer. Lepas tu biarkan sikat tu kering. Then dah boleh guna seperti biasa.

5. Skrub muka.

Baking soda pon boleh dibuat sebagai skrub muka. Dia dapat membantu menanggalkan sel-sel mati pada wajah. Caranya mudah. Korang boleh campurkan serbuk penaik dengan pencuci muka korang yang sedia ada atau pon dengan madu. Lepas itu, cuci muka macam biasa.

Make sure korang urut wajah dalam keadaan membulat. Kulit mati akan dibuang dan wajah semakin mulus. Senang kan?

6. Kilatkan kuku.

Bagi korang yang terlalu sibuk dan takda masa nak buat medicure, boleh je nak buat sendiri. Paling penting lebih jimat. Campurkan baking soda dengan sedikit cecair hydrogen peroxide. Hydrogen peroxide korang boleh beli dekat mana-mana drugstore.

Rendam kuku dalam campuran tadi dan gunakan berus gigi lama untuk sental kuku. Dan kuku korang lebih berkilat gitu.

7. Melembutkan tapak kaki yang kasar.

Penat sental tapak kaki nak buang callus yang keras tu tapi still sama ja. Jangan risau, mungkin method ni berkesan untuk korang. Campurkan 2 ke 3 sudu baking soda ke dalam sebesen air. Masukkan juga minyak aroma kegemaran korang contohnya lavender. Rendam kaki selama 2o minit.

Lepastu sental tapak kaki dengan pes baking soda. Ini dapat membantu untuk mengelupaskan bahagian yang kasar tu.

8. Kulit cerah mulus.

Nak kulit cerah senang ja dik non. Yang penting kena rajin. Korang perlu campurkan baking soda, jus lemon dan beberapa titik minyak zaitun. Lepas cuci muka, oleskan kat muka korang. Macam pakai mask gittew. Biarkan 10 minit, kemudian bilas dengan air.

Mudah je kan? Paling penting dengan menggunakan baking soda ja chuolss. Selamat dan semulajadi. Memang berkesan walaupun kesannya lambat sikit. Selamat mencuba!

Sumber: OHBULAN!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *