Uncategorized

Anak-Anak Suka Mayonis? Jom Buat Sendiri Dengan 4 Cara Mudah Ini…

Anak suka makan, jadi stok mayones ini memang kena sentiasa ada. Tapi pada zaman harga barang sudah semakin mahal, jika ada yang boleh dihasilkan sendiri maka eloklah dibuat.
Ini termasuklah mayones. Ramai yang tak tahu kan mayones ini boleh kita buat sendiri saja.
Caranyanya mudah saja kalau mengikut perkongsian Miya Aira ini.
Bahan-bahan:
  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak atau minyak zaitun
  • 1 sudu kecil lada putih (tumbuk halus)
  • Cuka atau boleh ganti air perahan lemon
  • 2 ulas bawang putih (jika suka, tidak diletakkan pun tak mengapa)
  • Mustard (jika suka, tidak diletakkan pun tak mengapa)
Cara membuatnya:
1. Masukkan telur, lada putih dan dua atau tiga sudu besar cuka dan masukkan sedikit garam. Kisar seketika.
2. Masuk sedikit minyak (lebih kurang 2 sudu besar). Kisar seketika.
3. Berhenti kemudian masukkan lagi minyak. Ulang proses yang sama sampai minyak habis
4. Kisar hingga mayones pekat atau berkrim. Siap.
Tips:
  • Jangan masukkan minyak dalam kuantiti yang banyak, masukkan sedikit demi sedikit.
  • Simpan mayones dalam peti ais. Ia boleh bertahan satu hingga dua minggu.
  • Boleh juga menggunakan mixer atau food processor.
  • Mayones yang siap boleh juga dimasak jika suka.
Mudah Kan? Selamat Mencuba, kongsikan pada kawan-kawan yang lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *