Informasi

Awas!! Ketahui punca pelbagai penyakit daripada BANTAL

Awas! Bantal ada berisiko menjadi punca pelbagai penyakit. Ketahui sebabnya di sini

Sesetengah daripada kita, mungkin ada koleksi bantal-bantal busuk yang berusia dan tidak pernah cuci.

Jika tidak ada bantal busuk sekali pun, mungkin kita jarang membersihkannya.

Sekiranya anda tidak peka dengan kebersihan bantal anda, maka anda berisiko untuk tidur bersama-sama dengan kuman dan hama.

Kenapa? Hal ini disebabkan oleh bantal anda boleh menjadi sarang kuman dan hama!

Para saintis mengatakan, jika bantal burusia lebih daripada 2 tahun maka hama daripada habuk dan sel kulit yang mati akan memenuhi bantal anda.

Sanggupkah anda tidur dengan keadaan sedemikian?

Adakah anda tidak berasa jijik?

Selain itu, sarung bantal, cadar dan selimut yang tidak ditukar dan dibasuh pada tempoh yang lama juga akan mengaktifkan pembiakan kuman dan hama.

Pelbagai penyakit seperti selesema, alergi, gatal-gatal mata adalah akibat daripada kuman-kuman yang menemani waktu tidur anda di atas bantal dan katil.

Oleh itu, rajin-rajinlah menjemur bantal di bawah sinaran cahaya matahari untuk membunuh kuman-kuman dan hama yang berbahaya ini.

Apabila bantal dijemur, pelbagai kebaikan dapat dinikmati iaitu mencegah bantal daripada lembab, bantal akan menjadi empuk dan menghindarkan daripada sakit leher.

Pengarah Institut Sleep to Live, Robert Oexman menyarankan agar bantal yang sudah berusia enam bulan digantikan dengan bantal baharu.

“Anda tidak boleh melihat bakteria, tetapi mereka akan banyak tertumpu di bahagian bantal,” katanya lagi.

Bagi bantal yang terlalu lama, lebih baik tukar dan beli yang baharu sebagai pencegahan daripada penyakit-penyakit bahaya.

Janganlah kerana terlalu sayangkan bantal, anda tidak pula sayangkan kesihatan anda.

 

Sumber : Get.A.Viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *