semasa, viral

‘Demi mendapatkan ilmu’ – Kisah Adik Natasha pakai kasut buruk dan lusuh di hari pertama persekolahan buat netizen rasa sebak

Sayu rasa hati memandang wajah kanak-kanak perempuan ini. Bertambah sayu apabila memandang kasut sekolah yang koyak dan lusuh itu, namun dipakainya jua di hari pertama persekolahan.

Nadia Natasha (OKU), dari lapan adik beradik ini bukan berasal dari keluarga senang. Hidup serba kekurangan dan keluarganya bergantung harap pada ibu mereka yang pendapatan juga tidak menentu.

Bantulah adik ini, tak kiralah bantuan kewangan ataupun barangan. Asalkan dapat meringankan bebanan dan mengukir sedikit senyuman di wajah mereka.

BERKENAAN kes adik Nadia Natasha yang memakai kasut buruk dan lusuh pada hari pertama persekolahan. Kisahnya meruntun hati kita semua.

Adik Natasha berasal dari keluarga yang miskin. Ayahnya hanya mengambil upah menjaga ternakan orang. Ibunya pula bekerja sebagai pemungut tiram. Itulah yang paling termampu dilakukan oleh ayah dan ibu adik Natasha.

Disebabkan cuaca tidak menentu, ibunya sekarang hanya keluar mencari daun nipah muda. Daun tersebut dijadikan rokok daun dan dijual kepada peraih tempatan.

Dengan pendapatan sekecil itu, kehidupan adik Natasha sekeluarga agak tersepit. Apa yang mereka mampu hanyalah sekadar cukup-cukup makan sahaja.

Seperti yang dimaklumkan, adik Natasha mempunyai lapan orang adik-beradik dan dia merupakan anak yang keenam. Hanya adik Natasha dan adiknya yang ketujuh sahaja mampu bersekolah. Yang lainnya tidak kerana keadaan mereka sekeluarga yang begitu kekurangan.

Tekanan hidup dan kemiskinan menyebabkan adik beradiknya yang lain terpaksa berhenti sekolah awal. Ayahnya yang sudah tua dan mencecah umur 64 tahun, apalah sangat saki baki kudrat yang mampu diperah lagi. Kewangan keluarga adik Natasha semuanya bergantung di bahu ibunya.

Keluarga adik Natasha menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan. Adik Natasha yang memiliki kad Orang Kurang Upaya (OKU) menerima bantuan sebanyak RM1,800 setahun. Semuanya dibelanjakan untuk menampung kos sara hidup mereka sekeluarga.

Ayah dan ibu adik Natasha juga terpaksa menampung kos rawatan adik bongsunya yang menghidap asma (lelah). Mereka berlindung di rumah usang tanpa perabot dan kemudahan lain. Keadaan ini menjadikan kehidupan mereka begitu daif.

Mereka sekeluarga juga tidak mempunyai sebarang kenderaan untuk digunakan. Adik Natasha ke sekolah hanya berjalan kaki sejauh dua kilometer ditemani adiknya yang turut bersekolah di sekolah yang sama. Tidak hairanlah kasut adik Natasha dalam keadaan sedemikian. Allahu.

Begitulah sedikit kisah tentang adik Natasha dan kasut buruknya. Adik Natasha hanya mampu memakai pakaian sekolah lusuh dan kasut koyak demi mendapatkan ilmu seperti kanak-kanak lain.

Sama-samalah kita membantu keluarga adik Natasha dengan semampu yang kita ada. Alamat kediaman mereka:

Kampung Sador Tawang,
16020 Bachok, Kelantan

Nombor Akaun Bank Islam: 03018021439897
(Ibrahim bin Donik)

Nombor Telefon: 011-17911472
(Mazilawati)

Sedih masa mula-mula tahu tentang kisah adik Natasha. Kasihan melihat muka dia. Lagi sedih bila melihat keadaan kasut sekolahnya. Cukup-cukup sedih. Semoga mendapat perhatian yang sewajarnya. Ayuh adik Natasha, kuatkan semangatmu!

Semoga mendapat perhatian semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *