Informasi, tips

(Info) Tips Untuk Menjaga Mata

Pada 20 Julai 2017, Systane telah mengkoordinasikan sebuah majlis untuk mengongsikan kesihatan mata.

Dan mereka telah menjemput Dr. Siva Kumar Sundralingam dari Columbia Asia Klang yang juga merupakan seorang pakar mata.

Beliau telah berkongsi yang pendedahan berpanjangan terhadap skrin digital boleh menyebabkan mata tidak sihat.

Dr. Siva yang berada di tengah menekankan penjagaan kesihatan mata.

Salah satu bahagian di badan kita yang sering kali terlepas pandang untuk menjaga ialah mata.

Walaubagaimanapun, perasan atau tidak, mata ialah satu bahagian yang kita guna sepanjang hari tanpa rehat.

Bermula dari anda membuka mata di pagi hari untuk melihat jam hinggalah sebelum menutup mata.

Orang Malaysia menghabiskan secara putara lima hingga lapan jam sehari untuk melihat skrin digital dan kanak-kanak tidak terkecuali!

Ya, ia sungguh lama dan ramai menghabiskan lebih lama masa menghadap skrin digital berbanding berehat dan tidur.

Kebergantungan kita terhadap gajet adalah salah satu punca ini terjadi.

Skrin digital di sini termasuklah telefon pintar, komputer, televisyen dan gajet lain.

Selain digunakan untuk keperluan harian seperti bekerja, skrin digital juga digunakan untuk keperluan bersosial.

Namun, penggunaan skrin digital merupakan salah punca utama mata menjadi tidak sihat dan kering.

Jika mata kering dan tidak sihat dibiarkan terlalu lama, ia boleh menjejaskan kesihatan keseluruhan badan kita.

Antaranya ialah menyebabkan kelesuan yang teruk dan sakit otot. Dan secara langsung menurunkan kualiti hidup kita.

Dan tahukah anda, disebabkan teknologi yang terlalu maju sekarang, kanak-kanak juga tidak terkecuali dari masalah ini.

Zaman sekarang, kanak-kanak didedahkan terhadap penggunaan skrin digital, malah kadang-kala untuk satu masa yang terlalu lama.

Bagaimana dengan kesihatan mata mereka kerana mereka sudah tentu akan memilih untuk terus dengan hiburan berbanding memberitahu mata mereka sudah lebih.

Bagaimana mengenal pasti masalah mata?

Secara amnya, untuk orang dewasa dan kanak-kanak, jika seseorang mempunyai masalah mata, tanda-tandanya ialah;

  • mata yang kemerahan
  • kerap mengelip mata
  • kerap menggosok mata
  • untuk kes yang teruk, mata dipenuhi kapilari darah (seperti urat merah di bahagian putih mata)
  • pening kepala atau sakit kepala

Ini hanyalah secara am dan jika masalah mata sudah hingga ke tahap mengganggu aktiviti harian, dapatkan pemeriksaan dari pakar.

Klinik mata juga terdapat alat yang boleh melihat tahap kekeringan mata kita. Mereka akan mengkelaskan tahap kekeringan mata anda.

Bagaimana mengelak masalah mata akibat skrin digital?

Untuk mengelak menggunakan skrin digital secara total adalah hampir mustahil akibat keperluan kerja dan harian. Jadi apa yang anda boleh lakukan?

  • menggunakan cecair penitis mata yang boleh membantu melindungi mata anda dari terlalu kering dan letih dan ianya selamat juga digunakan terhadap kanak-kanak.
  • menggunakan pelindung skrin yang boleh mengurangkan pendedahakan sinaran biru dari skrin digital
  • membanyakkan masa mata berehat dengan menutup mata seketika atau melihat permandangan semula jadi
  • dan bagi kanak-kanak, minimumkan pendedahkan mereka terhadap skrin digital

Systane telah mengongsikan tip yang boleh diamalkan untuk menjaga mata. Ianya diringkaskan sebagai 20-20-20;

  • rehatkan mata dan kelipkan mata selama 20 saat.
  • jarakkan mata 20 kaki dari skrin digital.
  • dan lakukan pada setiap 20 minit.

Selain itu, mereka juga mencadangkan untuk membesarkan tulisan di skrin supaya anda boleh melihat dari jarak yang jauh.

Serta, kerap membasahkan mata anda dengan cecair pelindung mata.

Mari kita amalkan kesihatan mata kita dan anak-anak 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *