Resepi

Jom Cuba!! Spageti Seafood Paling Mudah & Ringkas. Memang Layan Habis!

pasta

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm spageti | dicelur
  • 150gm campuran makanan laut
  • 6 batang asparagus | dicelur & direndam dalam air berais
  • 4 ulas bawang putih | diketuk
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh emping cili
  • 1/2 sudu teh oregano
  • 2 sudu makan mentega
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

1.Panaskan mentega dan tumis bawang putih hingga kekuningan.

2.Masukkan campuran makanan laut dan goreng lagi hingga masak.

3.Tambahkan spageti. Gaul rata.

4.Kemudian masukkan serbuk lada hitam, emping cili, oregano dan perasakan dengan garam secukupnya.

5.Masukkan asparagus. Gaul rata.

6.Sedia untuk dinikmati.
Tonton cara-cara penyediaannya disini:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *