Resepi

Mee Hailam Melayu.. bukan ala kedai siam tau

Image may contain: food

Image may contain: food

Dari fb Eny Yusnizar Abdullah

Mee Hailam Melayu.. bukan ala kedai siam tau.. sedap. Dah lama tak makan mee hailam macam ni. Jom tengok resepi.

Bahan-bahan :
2 bungkus mee kuning, dicelur dan kemudian basuh sampai hilang kapur dan minyak. Toskan.
500gm isi ayam atau daging
5-6 sudu besar kicap pekat manis (boleh tambah jika suka)
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar lada putih serbuk (pakai cap Motokar sedap)
Sayur – sawi, kobis, jagung muda, lobak merah, tomato
Air rebusan tulang ayam atau daging – jika ada lebihan sup ayam atau sup daging, boleh bekukan untuk buat kuah mee ni
1 sudu besar tepung jagung, dibancuh dengan sedikit air.
Garam secukup rasa
Minyak untuk tumis

Bahan kisar
2 inci halia
1 ulas bawang besar
8 ulas bawang putih

https://www.facebook.com/1686541814938985/videos/1920830794843418/

Cara: Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan isi ayam atau daging. Goreng seketika sehingga daging agak keperangan. Ni untuk seal daging supaya nanti daging tak mudah hancur dan masih juicy didalam. Kuah pulak jadi lebih sedap.

Masukkan kicap pekat, sos tiram dan kacau rata. Masukkan juga lada hitam dan lada putih serbuk. Tumis lama biar rasa kicap tu meresap dalam isi ayam.

Masuk air rebusan dan biar sehingga mendidih. Dah mendidih baru masukkan sayur jenis keras terlebih dahulu. Kemudrian masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sikit kuah. Akhir sekali baru masuk sawi dan tomato. Boleh pecah telur kedalam kuah jika suka.

Hidangkan bersama mee yang dicelur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *