Informasi

Minuman Bubble Tea Salah Satu Penyebab Kanser

Pastinya ramai yang meminati minuman bubble tea ini, bukan sahaja lazat, malah menarik minat sesiapa sahaja yang memandangnya. Sehinggakan tiada seorang pun yang terfikir akan kesannya terhadap tubuh badan.

Hasil kajian baru-baru ini menunjukkan bukti yang bertentangan! Air bubble tea mungkin boleh menyebabkan kanser. Minuman ini bukan sahaja popular di Malaysia, malah popular juga di Eropah. Siapa sahaja yang sanggup mengatakan tidak jika dipelawa meminum bubble tea?

Tetapi untuk pengetahuan anda, bubble tea tidak sesuai untuk diminum dengan kerap kerana bimbang boleh menyebabkan kanser.

Apabila pengkaji Jerman menerbitkan kajian tentang bebola ubi (biji bubble) yang berasal dari Taiwan ini mengandungi bahan kimia karsinogenik. Walaubagaimanapun, produk ini telah diuji secara individual oleh Taiwan dan Singapura dengan keputusan yang ‘pearl’ tersebut selamat dimakan.

Banyak amaran kesihatan telah dikeluarkan memberitahu orang ramai untuk tidak meminum minuman ini, namun ada segelintir masyarakat yang memandang rendah akan berita ini dan menganggapnya sebagai perkara yang tidak perlu dirisaukan.

Bahan kimia yang tidak patut ada di dalam makanan

Laman sesawang Huffington Post telah melaporkan yang para pengkaji Jerman di University Hospital Aachen, menyatakan yang mereka telah menjumpai kesan bahan kimia penyebab kanser di dalam bebola ini.

Para saintis juga telah menemui polychlorinated biphenyls atau PCBs seperti styrene, acetophenone, dan brominated, bahan kimia yang tidak patut ada di dalam makanan.

Huffington Post juga  ada menyatakan bahawa PCB selalunya dijumpai dalam barang elektrik seperti lampu kalamantang yang memang dikenali sebagai penyebab kanser dan masalah terhadap sistem imun, sistem reproduktif dan sistem saraf. Dengar pun sudah tahu bahawa ia memang bahaya untuk tubuh badan.

Laporan ini telah menyebabkan amaran kesihatan dikeluarkan selepas amaran bahaya tercekik pada kanak-kanak sebelum ini. Jika ia merbahaya untuk orang dewasa, apatah lagi untuk kanak-kanak.

Bahaya makan PCBs

Seperti yang dinyatakan di atas, PCBs adalah bahan kimia penyebab kanser di dalam bebola ubi. Menurut Universiti Queensland, PCBs boleh menyebabkan kesan teruk kepada pesakit asma. Amaran buat mereka yang mengalami sakit asthma supaya jangan sesekali mengambil minuman ini.

Wanita yang terdedah kepada PCB sebelum atau semasa hamil boleh melahirkan bayi dengan masalah kesihatan termasuklah masalah IQ yang rendah dan memori yang teruk. Bayi yang lahir selepas terdedah kepada PCBs juga mempunyai berat yang ringan berbanding bayi lain. Bayi-bayi ini mempunyai saiz kepala yang lebih kecil.

Lebih menggerunkan, PCBs boleh dipindahkan dari ibu kepada anak mereka melalui penyusuan ibu. Disebabkan itu, sememangnya sejak dahulu lagi para ibu disarankan berpantang makan ketika masih menyusu anak kecil.

Kita harus bijak memilih apa yang terbaik untuk tubuh badan kita. Jangan hanya fikirkan keenakkan semata-mata, fikirkan juga kesan jangka panjang jika anda mengamalkan memakan atau minum minuman yang tidak berkhasiat dan boleh mengancam nyawa anda!

Sumber: My.theasianparent.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *