Informasi

Pentingnya Menyusu Susu Badan – Keajaiban Susu Ibu Bertukar Warna Mengikut Tahap Kesihatan Bayi

Susu yang terdapat dari badan si ibu memang tidak dapat dinafikan, dan mempunyai banyak khasiatnya untuk bayi. Malah, para ibu-ibu di Malaysia dinasihatkan agar memberikan bayi susu badan sehingga anaknya berusia sekurang-kurangnya 2 tahun.

Tapi, ada ‘sesuatu yang lebih ajaib dari khasiat’ yang dikesan oleh seorang ibu di Pennsylvania apabila mendapati air susunya yang bertukar warna berdasarkan tahap kesihatan bayi itu sendiri.

Ashlee Chase menulis di Facebook dengan harapan untuk memberitahu orang ramai tentang mengapa pentingnya menyusu badan dari menyusuan botol.

Kenapa kamu masih memberikan anak 7 bulan minum dari badan, bagi sajalah guna susu botol. Dia juga sudah terlalu tua. Kamu perlu letakkan dia diatas katil sendiri (dengan minum susu dari botol).” tulis Chase memulakan posting terbabit.

Bersama posting terbabit, Chase memuat naik gambar ini:

Menurut Chase lagi, gambar di dalam plastik itu adalah susu dari badannya. Susu yang berada di bahagian atas adalah susu ketika anaknya, Elliot berada di dalam keadaan sihat.

Susu dibahagian bawah pula adalah warna susunya ketika anaknya itu sedang demam.

Ini bermakna susu boleh berubah warna mengikut keadaan kesihatan anak-anak? memang tidak di sangka.

Tapi sudah tentulah ada penjelasan disebalik ini. Seorang pengguna di Facebook juga menjelaskan bahawa susu juga boleh bertukar warna (kandungan nutrisi didalamnya) mengikut air liur bayi ketika menyusui badan.

Menurut kajian dari Clinical and Translational Immunology pada 2013, apabila bayi sedang sakit, bilangan leukosit dalam susu di payudara akan melonjak naik.

Seorang ahli biologi dan Professor Madya di Center for Evolution and Medicine di School of Human Evolution & Social Change at Arizona State University, Katie Hinde pernah juga menjelaskan kepada portal thestranger.com bahawa apabila seorang bayi menghisap puting ibunya, satu vakum (ruang tanpa udara) akan tercipta.

Dalam vakum tersebut, air liur bayi akan tersedut masuk ke dalam puting si ibu dimana di mana reseptor di kelenjar susunya akan memberi isyarat di dalam air liur tersebut.

Kata Hinde, dengan keadaan yang teruja, air liur bayi itu juga mempunyai maklumat tentang status sistem imunisasi bayi tersebut.

Selepas itu badan si ibu juga akan mengubah isi kandungannya supaya dapat memberi nutrisi yang sesuai mengikut keadaan bayi. Jika reseptor di kalenjar susu mengesan kehadiran patogen (sejenis mikroorganisma yang boleh menyebabkan tubuh badan tak sihat), kalenjar itu juga akan ‘menyuruh’ badan si ibu untuk menghasilkan antibodi bagi melawan patogen tersebut. Antibodi itu akan disalurkan masuk ke tubuh badan bayi menerusi susu ibunya bagi melawan penyakit atau infeksi tersebut.
Memang ajaib, tapi secara saintifiknya. Namun sudah tentu mekanisme pemprosesan susu di badan manusia jauh lebih kompleks dari apa yang ditulis di dalam artikel ini.

Susu atau susu ibu apbila masuk ke dalam tubuh kita akan memberikan kesan yang sangat ajaib. Oleh itu ibu-ibu di luar sana yang masih mempunyai bayi seharusnya memberikan anak anda susu badan terlebih dahulu untuk mengelakkan anak anda mendapat penyakit di usia muda.

Sumber: Siakapkeli.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *