viral

Perubahan Mengejutkan Anak Menjadi Kacak, Ibu Menangis Kerana Hampir Tidak Kenal. Tetapi Selepas kacak lelaki Ini Tetap KUNYIT

Bagi mereka yang terbiasa melihat rancangan variasi Korea tentang pembedahan plastik, anda pasti teruja melihat perubahan peserta daripada wajah biasa- biasa ke rupa bak supermodel yang kacak dan jelita. Pun begitu, perubahan tersebut boleh dikatakan agak drastik hingga ahli keluarga sendiri tidak dapat mengecam wajah peserta yang terlibat.

Hal inilah yang menimpa seorang ibu apabila dia hampir tidak mengenali anak nya saat melihat lelaki itu kali pertama selepas menjalani pembedahan plastik di Korea menerusi rancangan realiti televisyen “Let Me In Thailand”, lapor Coconuts.

Noppajit Monlin yang berusia 22 tahun ini bekerja sebagai seorang pekerja kilang di Thailand dan dikenali mempunyai paras rupa yang hodoh dan menghadapi kesukaran dalam mengunyah makanan kerana masalah rahang nya yang senget.

Disebabkan kekurangan yang dialaminya, Noppajit seringkali mengasingkan diri daripada pekerja kilang yang lain dan makan bersendirian ketika waktu rehat. Ala kesiannya….

Walau bagaimanapun, Noppajit telah berjaya menyertai musim ketiga rancangan realiti tersebut dan bersetuju untuk menjalankan pembedahan plastik di Korea Selatan. Untuk mendapatkan wajah yang diinginkan, Noppajit terpaksa menjalani pembedahan di bahagian rahang, dahi dan kelopak mata.

Menerusi program tersebut juga, dia akan diberikan suntikan botox kelenjar air liur, suatu prosedur untuk memperbaiki lelehan air liur yang berlebihan dan rawatan kulit bagi menghilangkan kecacatannya.

Hasil daripada pembedahan tersebut amat menakjubkan! Dah rupa macam mamat Korea dah ni. Serius kacak!

Selesai menjalani proses pemulihan selama tiga bulan, Noppajit dijadualkan untuk bertemu ibu nya buat pertama kali di restoran kegemaran mereka. Situasi tersebut berubah menjadi sebak apabila si ibu tidak dapat mengenali anak nya sendiri yang hanya duduk di meja berhadapan dengan nya. Alahai!

Saya sangat merinduinya dan ini bukan lakonan,” kata ibu Noppajit sebelum menitiskan air mata di hadapan kamera.

Esak tangis ibu Noppajit bertambah -tambah apabila Noppajit bangun daripada kerusi dan berjalan ke arah ibunya.

Ibu masih ingat saya? Pandang lah saya,” pinta Noppajit.

Ini kamu? Betul kah kamu ni?” soal ibu Noppajit. Anak beranak itu kemudian saling ber pelukan. Aww sedihnya!

Jika di lihat kepada perubahan yang berlaku ke atas Noppajit, tidak hairan lah ibu nya sukar untuk percaya bahawa dia adalah anaknya. Dia juga terpaksa menunjukkan parut di tangan sebagai pengesahan kepada ibu nya.

“Ramai melihat saya sebagai individu yang berbeza. Saya rasa lebih baik. Sebelum ini, orang lihat wajah saya tak normal dan masyarakat tidak menerima saya, kini saya mempunyai lebih ramai kawan,” kata Noppajit dalam sesi temubual program tersebut.

Sungguhpun rupanya sudah seperti seorang model dari Korea, cinta Noppajit kepada kekasih nya, Tob, seorang transgender masih tidak berubah. Mereka kini telah menjalinkan hubungan selama tiga tahun.

Saya menjaganya, tetapi saya tidak takut dia tinggal kan saya. Kami mepercayai satu sama lain sejak awal perkenalan lagi,” ulas Tob, 26, kepada rancangan tersebut.

Noppajit yang berani meminta nombor telefon Tob sebaik lima minit berkenalan di Facebook itu berkata,

“Dia menjaga saya. Walaupun dia bukan seorang wanita sejati, tetapi dia sebenar nya sudah seakan- akan seorang perempuan. Wanita ini adalah yang terbaik untuk saya.

“Saya mungkin sudah mempunyai kehidupan baru sekarang, namun hati saya tetap sama.”

Walau apapun diharapkan hidup Noppajit berubah menjadi lebih baik selepas perubahan yang dilakukan nya ini. Semoga dia tidak disisih kan lagi seperti dulu.

sumber lobak merah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *