Resepi

Resepi Makaroni Cheese Bakar Paling Sedap

Image may contain: food

Image may contain: dessert and food

Posted by Resepi masakan malayu on Sunday, 10 December 2017

Resepi Makaroni Cheese Bakar Plg Sedap 😍

bahan -bahan: (untuk 4 orang)

200g elbow macaroni
1/2 cawan Parmesan cheese – diparut
Untuk kuah putih:

1/4 cawan mentega/butter
2 cawan Cheddar Cheese – dicincang
3 cawan susu (full milk/fresh milk)
2 1/2 sudu besar tepung serbaguna
1/2 sudu kecil lada hitam
Garam sebagai perasa
Cara- cara menyediakan kuah putih:

Cairkan mentega di dalam kuali.
Masukkan tepung gandum. Kacau sehingga menghasilkan roux.
Masukkan susu dan kacau sehingga sebati.
Masukkan cheese, gunakan api yang perlahan dan kacau sehingga cheese mencair kesemuanya.
Masukkan lada hitam dan sedikit garam.
Untuk kuah merah:

sedikit mentega untuk menumis
1 biji bawang besar jenis Holland -dipotong dadu
1/2 cawan daging cincang
1 cawan tomato cherry -dikisar
1/2 cawan cendawan butang dihiris halus
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
Cara-cara menyediakan kuah merah:

Cairkan mentega dan tumis bawang sehingga kuning.
Masukkan tomato cherry.
Masukkan daging cincang dan kacau sehingga daging masak.
Masukkan perasa (sos cili dan sos tomato)
Masukkan garam dan lada sulah sedikit.
Masukkan cendawan dan kacau sehingga semua bahan masak dan sebati.
Cara memasak Mac and Cheese Bakar:

Masak makaroni mengikut langkah-langkah yang dinyatakan di luar peket. Kemudian, toskan dengan air sejuk untuk mengelakkan overcook.
Sapukan mentega pada loyang yang ingin dibakar.
Masukkan makaroni dan kuah putih. Gaul hingga rata.
Letakkan Parmesan cheese di atasnya.
Tuangkan kuah merah ke atasnya dan ratakan kesemuanya.
Letakkan lagi Parmesan cheese di atasnya.
Bakar di dalam oven pada suhu 175 degree C selama 30 minit.
Siap dihidang untuk minum petang atau makan malam.

kredit resepi video : iCookAsia

resepi video & bertulis adalah dua resepi berbeza, boleh pilih mengikut kesukaan anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *