semasa, viral

[Video] Kamal Adli Juara Super Spontan Superstar 2017…Eh Emma Pon Ada?

Kontroversi putus cinta tidak menghalang pelakon, Kamal Adli mempamerkan persembahan konsisten hingga muncul juara program realiti, Super Spontan Superstar 2017, malam tadi.

Membawa pulang wang tunai RM100,000, aktor berusia 31 tahun itu malahan melakar sejarah apabila mampu menumpaskan ramai peserta lain yang rata-ratanya merupakan pelawak profesional.

Percubaan kali kedua bintang drama Duda Pujaan Dara dalam program pertandingan komedi itu membuahkan hasil selepas gagal menempah tiket ke pentas final pada musim lalu.

Tempat kedua dimenangi oleh Fad Bocey yang membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 manakala  tempat ketiga pula diraih rakan seperjuangan, Achey yang memperoleh RM25,000.

Kemenangan adalah berdasarkan 100 peratus undian daripada penonton. Pentas akhir program yang bersiaran selama lapan minggu itu turut menampilkan Mamak Puteh, Syuk Balas, Ozlyn, Sharif dan Shahrul Shiro.

Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM5,000. Super Spontan Superstar 2017yang dihoskan Datuk AC Mizal, mengundang Datuk Chef Wan sebagai komentator bersama Datuk Afdlin Shauki.

Kamal ketika ini ‘panas’ diselebungi kontroversi putus cinta dengan aktres Emma Maembong selain dikatakan konon menjalin hubungan dengan Zahirah Macwilson.

Sumber :Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *