Informasi, kesihatan

Wahai Lelaki, Ketahui Bahaya Asap Rokok Terhadap Wanita Yang Sedang Hamil

Sebenarnya bukan mereka tidak tahu akan bahaya merokok, bukan hanya pada diri sendiri, malah terhadap orang sekeliling. Lagi-lagi terhadap ibu yang sedang mengandung. Dan kerana itu mereka yang merokok diminta berhenti merokok demi menjaga kandungan.

Tetapi apabila si ibu sudah berhenti merokok, orang sekekliling pula yang merokok tanpa memikirkan bahaya asap rokok kepada mereka. Sebenarnya jika anda mahu tahu, risiko lebih besar akan diterima oleh orang yang menghidu asap rokok berbanding mereka yang menghisap rokok!

Apabila kita terdedah kepada asap rokok secara berterusan, kita adalah perokok kedua (second hand smoker) dan apabila kita terdedah pada sisa rokok melalui bahan lain seperti bau pada kain, kita adalah perokok ketiga (third hand smoker).

Seperti risiko kesihatan terhadap perokok itu sendiri, perokok kedua dan ketiga tidak terkecuali.

Sama seperti perokok

Tahukah anda yang lebih 7,000 jenis bahan kimia merbahaya akan terdedah pada perokok kedua dan ketiga, sama seperti perokok itu sendiri.

Dan apabila didedahkan kepada wanita hamil, bahan kimia merbahaya ini secara langsung juga terdedah pada bayi di dalam kandungannya.

Salah satu bahan kimia ini ialah nikotin yang merupakan salah satu bahan toksik punca kepada pelbagai jenis komplikasi dan penyakit yang membahayakan kesihatan juga nyawa.

Kesan terhadap kehamilan mereka

Antara kesan asap rokok terhadap kehamilan ialah:

Wanita hamil mempunyai risiko untuk mengalami keguguran yang lebih tinggi berbanding wanita yang tidak terdedah kepada asap rokok
Risiko bayi mati di dalam kandungan (still birth)
Risiko melahirkan bayi pra matang (lahir tidak cukup bulan akan mempunyai pelbagai komplikasi kesihatan)
Bayi yang bakal dilahirkan mempunyai risiko lahir tidak cukup berat (terlampau ringan)
Bayi itu mempunyai risiko mati secara tiba-tiba, SIDS (Sudden Infant Death Syndrome)
Bayi akan mempunyai komplikasi pernafasan
Bayi mempunyai kecacatan kekal seperti bentuk kaki yang berbeza atau di dalam kes teruk, tidak mempunyai otak yang sempurna

Berikut merupakan video bagaimana reaksi bayi apabila terhidu asap rokok melalui ibunya.

Menurut kajian yang telah dilakukan di Pusat Universiti Columbia bagi Kesihatan Persekitaran Kanak-kanak, kanak-kanak yang ibunya merupakan perokok kedua (second hand smoker) semasa hamil mendapat skor yang lebih rendah semasa ujian perkembangan kognitif pada usia dua tahun berbanding kanak-kanak yang dari rumah bebas asap rokok.

Apa anda boleh lakukan?

Sebagai wanita hamil:

Elakkan tempat yang mempunyai ramai perokok (ini memang susah tetapi harus diusahakan demi bayi di dalam kandungan)
Jauhi rakan-rakan yang merokok (kerana bau asap dari pakaian mereka menjadikan anda perokok ketiga!)
Bebaskan diri anda dari asap rokok sama ada dari persekitaran ataupun dari orang sekeliling, tegaskan kepada ahli keluarga yang merokok untuk tidak mendekati anda jika tidak bersih dari asap rokok.
Sebagai perokok:

Jangan merokok ditempat yang dilarang seperti RnR, kedai makan, koridor, persekitaran hospital dan klinik. Pendek kata, tempat laluan awam.
Jika ternampak wanita hamil, jauhi mereka. Jangan paksa mereka menghidu asap rokok anda.
Jika anda berbau rokok (pakaian), jangan berkongsi ruangan kecil (seperti lif) dengan wanita hamil.
Lebih baik sekiranya anda mengambil inisiatif untuk berhenti merokok demi keluarga tersayang.
Asap rokok memang mendatangkan keburukan terhadap kesihatan terhadap semua yang terdedah kepadanya.

Namun, wanita hamil mempunyai risiko lebih tinggi kerana mereka membawa bayi yang belum dilahirkan di dalam diri mereka.

Jangan terlalu pentingkan diri sendiri sehingga tidak memikirkan tahap keselamatan orang sekeliling. Jika anda rasa anda membahayakan satu nyawa, sebenarnya anda sedang membahayakan 2 nyawa sekaliguS! Jangan jadi manusia yang kejam ya.

Sumber: my.theasianparent.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *